Sebelum imam syafi'e kembali ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. berikut ialah kandungan wasiat tersebut: 1) HAK KEPADA DIRI : iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 2) HAK KEPADA MALAIKAT MAUT; mengqadhakan kewajipan2 yang ertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 3) HAK KEPADA KUBUR; iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing marata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 4) HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR; tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan masiat dan nasihat menasihati. 5) HAK KEPADA MIZAN ( NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT; mwnahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menaggung kesusahan. 6) HAK KEPADA TITIAN SIRAT; membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 7) HAK KEPADA MALIK ( PENJAGA NERAKA ); menangis lantaran takutkan Allah S.W.T, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak. 8) HAK KEPADA RIDHWAN ( PENJAGA SYURGA ); berasa redha dengan qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 9) HAK KEPADA NABI SAW; berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantunga kepada al-sunnah ( hadith ), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 10) HAK KEPADA ALLAH SWT: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Akhlak Islami
Jadilah kamu sekuntum bunga mawar, yang tersimpan segar dan mekar, dalam jambangan kaca.....biarkan ia terus berduri, agar....tidak mudah disentuh oleh tangan yang menghulur, siramilah ia dengan baja keimanan, agar kelopak ketakwaan tidak gugur satu persatu dielus angin perdana.......
remaja
Alam remaja penuh dengan dugaan, pengalaman baru dan tarikan nafsu. Tanpa pimpinan, tanpa cahaya iman, mudah sahaja golongan ini tersilap langkah. ‘Harga Iman’ adalah sebuah koleksi cerpen remaja yang menceritakan suka duka kehidupan remaja. Dipaparkan di sini reality kehidupan. Diselitkan peringatan dan pengajaran dari sudut Islam sebagai panduan. Semoga para remaja menghargai nikmat iman yang selama ini di genggaman
Tidak ada komentar:
Posting Komentar