Senin, 02 Juni 2008

pergi tak kembali

"Aaarrrrggggghhhhhh!!!! Baaaannnnggggsssssaaaattttttt !!!!"
Angin di luar amat bertiup sepoi sepoi bahasa, mengasyikkan mereka yang mengantuk tetapi bukan bagi dirinya yang baru menyambut hari jadinya yang kelima belas, tidak berapa lama dahulu. Hatinya amat pedih sekali. Pedih yang teramat dirasainya. Pedih memendam segala kekecewaan yang amat sangat.
"Ya Tuhan! Kenapa aku diseksa? Kenapa?! Kenapa??!!!"
Beliau menangis keseorangan di kamarnya yang agak malap. Api pelita menari liang-liut mengikuti hembusan angin yang bertiupan sepoi-sepoi bahasa. Pemikirannya berkecamuk sekali.
"Adakah aku ni insan terkutuk? Sehinggakan aku diduga dengan sedemikian
rupa?"
Air matanya menitis ke atas lantai kamarnya. Lantainya basah dan segala habuk jelas kelihatan menunjukkan kamarnya jarang membersihkan. Tiba-tiba.....
"Hei! Kenapa engkau menangis?"
Beliau tersentak dengan teguran itu. Beliau mula berasa takut kerana di dalam kamarnya, tiada ada orang lain melainkan dirinya sendiri. Matanya mencari-cari tuan punya suara itu.
"Siapa engkau?"tanyanya dalam ketakutan. Namun, tiada jawapan.
"Siapa engkau hah?! Tunjukkan dirimu!"

Asap mula berkumpul di dalam kamarnya. Beliau terbatuk-batuk dek terhidu kepolan-kepolan asap yang memenuhi biliknya. Asap yang mula menebal itu mula melahirkan satu lembaga. Lalu, terjelma satu lembaga di hadapannya. Beliau terpegun melihat lembaga di hadapannya. Lembaga itu berpakaian seperti seorang hulubalang Melayu. Misainya tebal, tubuhnya sasa. Segak, dengan kerisnya yang terselit di pinggang. Aneh. Ada kesan darah di bahagian perutnya.
"Siapa engkau?"nadanya tinggi.
"Aku adalah engkau! Aku hidup tertekan seperti engkau juga!"
"Kenapa kau mengacau aku?"tanyanya lagi, memberanikan diri, memandangkan lembaga itu tidak akan mengapa-apakan dirinya.
"Kita dari keturunan yang sama! Nasib kita serupa! Aku disini untuk
memastikan engkau tidak membuat kesilapan yang akan membawa maut ke atas
diri engkau!"
Beliau tersentak dengan jawapan lembaga itu. Dia tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh lembaga itu. Kehadiran lembaga itu membangkitkan rasa kemusykilan tetapi beliau tidak menunjukkannya. Beliau memberanikan lagi dirinya walaupun jantungnya berdegup pantas.
"Apa maksud kau?! Aku akan mati? Di tangan siapa? Untuk apa? Aku tidak
takut dengan sesiapa pun!"
"Kau akan mati di tangan seseorang yang lebih berkuasa daripada engkau!
Engkau akan mati dalam keadaan yang menggerunkan dan menjijikan. Engkau
akan mati kerana keangkuhan diri engkau sendiri!"
"Apa? Engkau ni siapa untuk berkata begitu? Bukankah takdir di tangan
Tuhan? Waad ajal di tangan Allah!"
"Ya! Takdir di tangan Tuhan dan aku penyampaiNya. Engkau masih belum
menyedari bahawa engkau telah lupa kepada Tuhan. Tuhan menghantar aku ke
sini untuk menyedarkan engkau!"
"Siapa engkau? A.. Ap..App...Apa kesalahan aku?" tanyanya yang mula merasa ketakutan. Lembaga itu mula menghampirinya.
"Kau telah melakukan banyak kesalahan! Ingatkah engkau akan kesalahan
engkau? Kau hendak melakukannya tanpa sebarang peri kemanusiaan. Apa yang
akan kau alami adalah pembalasan kau!"
Beliau tidak berkata apa-apa. Dia cuba mengingati kembali apa yang telah dilakukannya. Beliau tidak tahu maksud sebenar lembaga itu tetapi dapat merasakan peristiwa pahit yang berlaku tidak lama itu menjadi isu yang membawa lembaga itu ke dalam kamarnya.

Pagi itu, beliau hendak pergi ke sekolah seperti biasa. Ibunya terbatuk berulang kali tetapi tidak menghiraukannya. Sudah beberapa kali beliau mengingati ibunya untuk memakan ubat tetapi ibunya tidak mahu. Beliau telah berputus asa lalu tidak mengendahkan lagi keadaan ibunya.
"Nanti habis sekolah terus balik ya Man!"
"Tengoklah. Ada kelas malam. Mungkin Man terus pergi."
Beliau terus keluar tanpa melihat ibunya. Ibunya hanya memerhatikan anaknya. Sedih rasanya kerana anaknya tidak melambai ke arahnya sedangkan dia terlambai-lambai dari atas. Anaknya telah berubah sejak mula bersekolah malam. Asyik pulang lewat dan kadang-kadang, anaknya tidak pulang langsung. Air mata ibunya mula menitis. Agak sedih sekali rasanya memandangkan beliau bersusah-payah membesarkannya dengan didikan dan asuhan yang baik agar menjadi anak yang soleh. Malangnya, anaknya telah menghampakan niatnya itu.

Tiba di sekolah, beliau mendapat tahu beliau terlupa untuk membuat kerja rumah yang harus dihantar pada pagi itu. Beliau menggelabah dan terus ke makmal komputer untuk membuat kerja rumahnya. Masa amat suntuk sekali. Beliau cuba sedaya upayanya untuk menghabiskan tugasannya itu.
"Celaka! Hang pulak...Macam mana ni? Lambat, pasti kena denda," bisik hatinya.
Dengan pantas, beliau pergi ke komputer lain untuk terus menghabiskan tugasannya. Akhirnya beliau dapat memghabiskan tugasannya. Beliau melihat jam tangannya. Sudah lewat dan gurunya pasti akan mendendanya.

Tepat sekali kerana beliau didenda oleh gurunya kerana memasuki kelas amat lewat sekali. Gurunya meleteri sikapnya yang acuh tak acuh terhadap pelajarannya. Gurunya membandingkan dirinya dengan rakan sedarjahnya. Dapat diihat perbezaan sikap yang amat ketara, memandangkan beliau telah dikategorikan sebagai pelajar bermasalah di sekolahnya.

Beliau tidak dapat memberikan alasan yang munasabah ke atas kelewatannya lalu didenda untuk menghadiri "detention class" pada jam dua hingga empat petang nanti. Beliau merungut dalam hati...

Masa berlalu begitu perlahan sekali sekali. Beliau merungut memandangkan ada satu jam lima puluh minit lagi sebelum dia dapat tinggalkan sekolahnya. Matanya mulai terasa berat untuk membaca buku yang diberi oleh gurunya tadi. Rasa bosan mula menguasai dirinya dan beberapa detik kemudian, beliau tertidur.
"Man...."
"Huh? Ibu?"
"Man, Ibu pergi dulu ya Man... Man jangan lupa balik rumah terus lepas sekolah,"
"Man ada kelas malamlah! Nanti Man balik lepas tu!"
"Man... Ibu pergi dulu....Ibu pergi dulu........."
"Man!!!"
Beliau tersentak lalu terjaga dari tidurnya. Gurunya berdiri dihadapannya dengan muka yang bengis.
"Tidur ya! Bukannya nak baca buku! Macam ni, awak pergi cuci kereta saya
sampai bersih. Selagi tidak bersih, awak tak boleh balik!" perintah gurunya.
"Tap.. tappiii cikgu.."
"Pergi!"
Beliau menyumpah nasibnya pada hari itu. Malang sungguh. Tugasan tak habis buat, kena marah, kena detention dan sekarang kena cuci kereta pula. Terpaksa membuatnya seorang diri di bawah terik matahari.

Beliau selesai membersihkan kereta gurunya. Jam menunjuk empat setengah petang. Ada satu jam lebih sebelum kelas malamnya bermula. Setelah mendapat lampu hijau daripada gurunya, beliau terus meninggalkan sekolahnya lalu singgah di kedai permainan video. Beliu sudah gian untuk main permainan video kerana sudah lama tidak dapat bermain. Setelah puas bermain,beliau pun terus ke kelas malamnya.

Seperti biasa, beliau duduk di barisan belakang bersama rakan-rakannya yang lain. Sudah menjadi satu kebiasaan mereka untuk tidak menghiraukan apa yang diajar oleh guru mereka. Mereka berbual, bermain pakau dan kadang-kala mengusik pelajar-pelajar yang lain, terutama sekali yang perempuan. Beliau gemar mengusik pelajar perempuan dan ada beberapa kali beliau ditangkap oleh gurunya kerana cuba menyelak kain pelajar perempuan di kelas malam itu. Beliau hanya diberi amaran agar tidak melakukan perbuatan itu lagi, tetapi beliau tidak menghiraukannya. Malah, menjadi satu pertandingan di kalangan rakan-rakannya. Siapa yang dapat melihat warna seluar dalam mangsanya akan diisytiharkan sebagai pemenang untuk hari itu. Mereka akan memulakan pusingan yang baru pada hari berikutnya.

Setibanya di hadapan pintu rumahnya, jam menunjukkan sebelas malam. Beliau yang telah membuka pintu dan agak menghairankannya kerana rumahnya dalam keadaan gelap gelita tetapi suara radio jelas kedengaran. Beliau memetik suis lampu dan sinaran lampu menerangi rumah yang gelap tadi. Beliau berasa hairan kerana menjadi kebiasaan lampu hadapan akan dihidupkan selagi dia belum pulang.
"Takkan ibu keluar malam-malam ni.." bisik hatinya.
Beliau terus meninjau ke dalam bilik ibunya. Tubuh ibunya kelihatan di atas katil dalam kegelapan.
"Laaa... tidur rupanya. Ibu! Man dah balik. Kenapa tak bukak lampu?"
Ibunya tidak menjawab. Beliau memetik suis lampu bilik ibunya. Apa yang dilihatnya amat memeranjatkannya. Mata ibunya terbuka memandang siling rumah dengan buih mengalir keluar dari mulutnya. Ibunya telah meninggalkan dunia yang fana ini.
"Ibu!!!!!!!"


"Ya... Itulah kesilapanmu. Aku ke sini untuk membetulkan keadaan agar yang
salah dapat dibetulkan..."
"Apa maksud kau? Aku telah kehilangan segala-galanya. Hidup aku tidak
bermakna lagi!"
"Semua ini takdir Tuhan. Ini tidak bermakna kau boleh mengambil tindakan yang
tiada sandaran agama langsung. Kau tidak seharusnya menjadi seperti ini."
"Biarkanlah aku begini..." Beliau menangis kembali.
"Tidak boleh.Tuhan menghantar aku ke sini untuk melarang kau melakukan
kesalahan yang serupa dengan kesalahan aku dahulu. Tuhan murka dengan
orang yang hilang pedoman dan tidak menerima takdir yang ditentukanNya."
"Apa? Apa maksud kau?"
"Dahulu, aku juga telah melakukan kesalahan serupa dengan kesalahan engkau. Aku hilang pedoman dan mula melawan takdir dengan membalas dendam terhadap setiap rakyat yang menyanjungkan raja zalim. Saudaraku dihukum bunuh tanpa usul periksa olehnya. Lalu aku membunuh mereka yang terlibat. Sekarang aku terseksa dengan perbuatan aku dan Tuhan hendak aku memastikan engkau tidak melakukan kesalahan yang serupa jika aku ingin mendapatkan pengampunanNya."
"Apa kesalahan aku?"
"Kesalahan kau ialah kau merancang untuk membalas demdam terhadap kehilangan ibumu. Kau merancang untuk membunuh gurumu hanya kerana kau merasakan dia bersalah. Kau merasakan bahawa dia yang menyebabkan kau tidak dapat berada di sisi ibumu semasa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kau merancang untuk membunuh rakan-rakanmu kerana mereka yang menyebabkan kau terpesong jauh sehingga kau menjadi anak yang durhaka. Kau ingin mendapat keadilan dengan membalas dedam. Keadilan yang dicapai dengan darah manusia!"
"Kenapa? Tidak bolehkah? Aku hendak dapatkan pengadilan!!!"
"Pengadilan apa yang kau maksudkan? Membunuh adil? Janganlah kau lakukannya kerana kau akan merana nanti."
"Aku tidak peduliiii!!!!"
"Nasihat aku kepada kau agar jangan teruskan rancanganmu itu. Merana kau nanti. Akan kau terasa seksaan yang amat sangat..."
Asap mula menebal di biliknya. Kamarnya mula menjadi terang. Kelihatan api mula membaham lembaga di hadapannya. Lembaga itu mula merintih kesakitan.
"Apa...... kenapa ni?" tanyanya kebingungan.
"Aku terpaksa kembali ke tempat aku. Masaku di sini telah tamat. Aku.. Ak..Aku
harus pulang ke tempatku..."
"Di mana tempat kau? Jangan pergi dulu..."
"Aku mesti pergi sekarang juga.. Aaargghh!! Panasnya! Aduhh!!!!"
"Hei! Nanti dulu! Siapa engkau sehinggakan boleh jadi begini?"
"Aku.....Ak.....Akkkuuuu........Akulah hulubalang Melaka, Hang Jebat yang
jahanam.....Aaarrrrrggggghhhh!!!!!!"

Beliau tersentak lalu duduk terpaku.
"Kau dah sedar Man?" tanya ayahnya.
"Di.. Di mana Man sekarang yah?" tanyanya yang merasakan kepala berdenyut kuat.
"Kau di bilik dan Ayah jumpa kau terbaring di hujung kaki ibumu. Tadi doktor datang untuk memeriksa kau berdua. Doktor kata kau terkejut amat sangat sehinggakan kau pengsan. Dia kata tekanan darah kau agak rendah sekali dan nadi kau agak lemah. Syukurlah, kau sudah sedar. Suratan takdir.."
"Ibu.. Ibu bagaimana yah?"
"Ibu kau dah tidak ada lagi Man. Doktor kata ibu kau kena sakit pneumonia.
Jantungnya berhenti serta-merta. Allah lebih menyanyanginya Man. Ibu sudah
pergi, takkan kembali..."
"Tidak! Tiiiddaakkkkkk!!!!! Man masih perlukan ibu! Man masih sayangkan ibu!
Ayah! Man nak ibu! Iiiiibbbbuuuu!!!!"
"Mengucap Man. Ini semua kehendak Allah..."

Setiap insan pasti akan pergi. Pergi bertemu dengan Maha Esa. Dalam tangisannya, Beliau terdengar dendangan lagu kegemaran ibunya. Album lagu inilah yang kali terakhir ibunya beli. Sememangnya lirik lagu ini penuh dengan makna. Apatah lagi ibunya memilih lagu ini sejurus sebelum beliau pergi buat selama-lamanya.

"Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, sekarang saya akan putarkan lagu permintaan
Puan Samsiah......
"Eh? Ibu?"Beliau tercengang mendengar nama ibunya diutarakan di radio.
"Lagu yang berjudul ‘Pergi Takkan Kembali’ oleh kumpulan Rabbani. Semoga
Puan Samsiah dan anda di sana menikmati lagu ini bersama keluarga yang
tercinta..."


"Setiap insan pastikan merasa saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca sayunya alunan suara
Cemas di dada.....lemah tak bermaya terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua berpsahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan Sejahtera, bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf berguna lagi hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata yang pergi takkan kembali lagi......"

"Ibu........."keluhnya dengan nada yang kesal bersamaan titisan air mata. Lalu Manisah mengambil wuduk dan terus bersembahyang

cerpen- semangkuk bubur

SEPANJANG perjalanan ke Dong Khoi, Lin mengheret tangan adiknya Nguyen Canh Dinh. Sesekali kaki kecil yang dialas selipar getah nipis, tersandung batu-batu jalan dan hampir tersungkur.
Lima kotak kipas lipat dan tiga buah album termuat gambar-gambar poskad Hanoi dan Ho Chi Minh City sudah beberapa kali jatuh ke tanah. Anak lelaki berusia lima tahun itu belum mampu memikul beban sebegitu dengan perjalanan yang jauh.
Lin tersenyum puas. Dari jauh dia melihat sekumpulan pelancong kulit putih bertaburan di kaki lima kedai sedang tawar-menawar. Beberapa orang penjual kipas, poskad, bakul rotan, topi dan jenis-jenis kerja tangan lain sedang memujuk pelancong supaya membeli dagangan mereka.
Langkah Lin tambah pantas. Tangan Canh Dinh dipegang kukuh. Dia segera menyeberang jalan untuk mendapatkan kumpulan pelancong. Seorang wanita berumur awal tiga puluh tahun memikul adik lelakinya yang lumpuh kedua-dua belah kaki. Adik lelaki yang lumpuh sejak lahir itu diletakkan di kaki lima kedai. Wanita itu menadah-nadah tangan sambil menunjuk-nunjuk ke arah adiknya. Adik pula menggapai-gapai tangan sambil menarik sesiapa sahaja yang berhampiran mohon simpati. Seorang pelancong menoleh, setelah terasa kaki seluarnya ditarik. Dia menghulurkan satu dolar kepada budak lelaki berusia kurang lebih sebelas tahun itu.
Beberapa orang peminta sedekah datang mengerumuni lelaki kulit putih yang baik hati. Masing-masing menadah tangan minta wang. Ada juga yang menyuakan dagangan mereka. Lin turut merapati lelaki yang bersedekah tadi. Dia membuka kipas tangan lalu mengipaskan ke badan lelaki itu. Canh Dinh pula membuka album poskad dan menyuakannya. Pelancong itu menggeleng tangan beberapa kali lalu meninggalkan mereka.
``Satu dolar saja tuan,'' pujuk Lin dalam bahasa Inggeris. Lelaki itu terkejut dan menoleh ke arah Lin yang mengekorinya. Dia hairan Lin boleh berbahasa Inggeris. Dia mula terpikat kepada Lin dan mengajukan berbagai-bagai soalan. Lin mengikut ke mana saja dia pergi dan turut menawarkan barang-barang yang mahu dibeli pelancong itu.
Lin memang fasih berbahasa Inggeris. Sebab itulah jualannya cepat habis. Lin sering menggunakan kefasihannya berbahasa Inggeris dengan menjadi pemandu pelancong secara tidak rasmi.
``Saya sudah beli di sana tadi.'' Lelaki kulit putih itu menunjuk ke arah seorang perempuan memakai terendak berbentuk tudung saji. Perempuan itu sedang menari-nari sambil mengangkat terendaknya di hadapan seorang pelancong, untuk menarik perhatian. Menerima jawapan itu, Lin hampa. Tetapi lelaki itu memberinya dua dolar kerana telah membantunya. Lebar senyum Lin menerima wang sebanyak itu. Dia berjalan lagi menuju ke jalan Le Loi. Di situ juga ramai pelancong, fikirnya.
Lin berhenti di sebuah gerai minuman. Dia membeli segelas air sirap lalu meneguk beberapa kali. Bakinya disuakan kepada Canh Dinh.
``Kakak, laparlah,'' Canh Dinh mendongak ke muka Lin. Langkahnya semakin perlahan. Lin tidak menjawab. Tangan Canh Dinh diheret terus.
``Kakak pun lapar. Dagangan kita satu pun belum laku. Macam mana nak beli makanan.'' Lin terpaksa memujuk adiknya kerana Canh Dinh tidak mahu melangkah lagi. ``Tak jauh. Sekejap lagi kita sampai.'' Lin mendukung adiknya yang telah pun mencangkung di atas jalan. Beberapa buah basikal dan motosikal terpaksa ke kiri dan ke kanan untuk mengelakkan Lin dan Canh Dinh.
``Tadi, kakak beli air?'' Canh Dinh tidak puas hati. Dia mahu makanan juga.
``Itu lebih duit semalam. Cuma boleh beli air.'' Lin terus memujuk. Belakang Canh Dinh diurut beberapa kali.
``Orang putih itu beri wang.'' Canh Dinh meronta dan menggelongsor dari dukungan Lin. Kipas dan album poskad bertaburan. Dia duduk. Badannya dikeraskan. Dia tidak mahu berjalan. Canh Dinh tahu Lin dapat duit daripada pelancong tadi.
``Kakak nak beli ubat untuk mak. Mari kita jalan lagi. Kalau banyak laku, nanti kakak beli roti.'' Puas Lin memujuk dan berjanji akan membelikannya pistol mainan yang sudah lama diidamkan Canh Dinh. Canh Dinh bangun. Lin mengheret terus tangan kecil itu.
Di kawasan membeli-belah Le Loi, Lin bertemu sekumpulan pelancong tadi. Kali ini tentu bernasib baik, fikirnya dalam hati. Terbayang wajah cengkung ibu yang sudah beberapa hari tidak lalu makan.
Lin risau melihat kesihatan ibu sejak tiga minggu kebelakangan ini. Dia tidak cukup duit untuk membawa ibu ke klinik. Duit yang diperoleh dibelikan ubat batuk dan selesema dari kedai. Tetapi sakit ibu tetap tidak sembuh. Malah semakin teruk. Lin tidak tahu penyakit ibu. Sudah tiga minggu suhu panas badan ibu tidak turun. Selesema dan batuk ibu berpanjangan. Sekitar mulut dan bibir ibu ditumbuhi ruam merah dan putih bernanah. Mungkin itu yang menyebabkan ibu tidak selera makan.
Sejak ibu sakit segala urusan rumah tangga dari mencari rezeki hinggalah memasak Lin yang lakukan. Awal pagi Lin dan Canh Dinh keluar rumah membawa bakul anyaman abangnya Nguyen Van Ho, kipas lipat dan album gambar poskad. Van Ho pula tidak mampu melakukan sebarang kerja berat selain menganyam bakul daripada rotan.
Kalau dapat pikat pelancong ini, tentu akan dapat makan sedap hari ini. Kembang hati Lin mengingatkan hal itu. Dia segera merapati kumpulan pelancong.
``Mama dari mana?'' Lin memulakan perbualan. Perjalanan sekumpulan pelancong itu terhenti mendengar pertanyaan Lin.
``Malaysia.'' Seorang wanita berbadan gempal berbaju kurung biru menjawab.
``Malaysia? Saya tahu Malaysia dan Kuala Lumpur. Ramai orang Malaysia yang melancong ke mari.'' Lancar dan mesra suara dalam bahasa Inggeris Lin. ``Bila Mama sampai?'' sambung Lin lagi seperti sudah mesra benar dengan orang itu.
``Sudah dua hari. Esok akan pulang ke Kuala Lumpur.'' Panggilan ``Mama'' daripada Lin menjadikan wanita berbadan gempal itu segera teringatkan anak-anak di rumah yang hampir seminggu ditinggalkan.
``Mama'' memerhati Lin dan adiknya. Timbul rasa kasihan di hati. Lin menghulur satu kotak kipas kepada ``Mama.'' Mama menghulur satu dolar kepada Lin, walaupun sudah dua kotak kipas dan satu album gambar poskad dibeli sebelum ini. Di tangannya juga sudah ada bakul rotan.
``Mama tinggal di mana?''
``Hotel Rex,'' orang yang dipanggil Mama oleh Lin segera meninggalkannya. Dia terpaksa berjalan pantas kerana takut akan terpisah daripada kumpulannya. Lin turut pantas mengheret adiknya menjejaki kumpulan pelancong dari Malaysia itu.
``Mama mahu ke mana lagi?'' Lin menghalang perjalanan kumpulan pelancong itu.
``Boleh tunjukkan kami pasar besar?''
``Ben Thanh market?'' Sepantas kilat Lin berjalan di celah-celah orang ramai dan meminta kumpulan pelancong itu mengikutinya. Lin berhenti di tepi jalan untuk memberi laluan kepada beberapa buah motosikal dan basikal. Dia menyeberang jalan menuju ke pasar Ben Thanh.
Daripada kumpulan seramai lapan orang, hanya tiga orang yang mengikut perjalanan Lin. Lin menawarkan harga yang berpatutan kepada penjual untuk pelancong yang mengikutnya. Dia menawar dalam bahasa Vietnam kemudian memberitahu pelancong dalam bahasa Inggeris.
Canh Dinh tidak mahu jalan lagi. Dia mencangkung di kaki lima kedai berhampiran dengan penjual roti.
``Kenapa adik awak?''
``Dia lapar. Tak mahu jalan lagi.''
``Kenapa awak bawa adik kecil begini? Kan lebih baik kalau dia tinggal di rumah?'' Mata Mama menyorot ke wajah Canh Dinh yang muram. Penjual roti mengunjuk-unjukkan roti di dalam guni yang terdedah. Masih banyak. Dia membeli sebuku roti lalu menghulurkan kepada Canh Dinh. Canh Dinh mengambil roti dan memakan dengan rakus. Lin mencubit roti di tangan adiknya kemudian menyumbatkan ke mulutnya. Mama dan dua orang kawannya memerhati penuh simpati.
``Berapa umur awak?'' Tanya kawan Mama yang dikenali sebagai Leha.
``Dua belas tahun.''
``Adik?''
``Lima tahun.''
``Awak tak sekolah?''
``Tak ada duit. Nak makan pun tak cukup, macam mana nak pergi sekolah?'' Lin tersengih sambil tangannya menggosok hidungnya yang mancung kemudian menguakkan rambut yang menutup dahi. Lin tidak seperti adiknya bermata sepet dan berhidung kembang. Wajah Lin mirip orang putih. Bola matanya seakan biru. Berambut perang mencecah ke paras bahu tetapi tidak terurus. Kusut dan kotor. Kalau dia sering mandi dan dipakaikan pakaian yang bersih, sudah tentu Lin seorang anak perempuan yang comel.
``Mahu ikut balik Malaysia?'' Lin tersengih lagi. Dia memandang Canh Dinh. Kemudian dia melempar pandangan ke depan. Kosong. Lin teringat lagi ibu yang terlantar sakit. Ibu kelihatan semakin kurus dan cengkung. Dia hilang tenaga dan kelihatan lemah sejak enam bulan lalu. Selera makan turut berkurangan. Matanya merah dan hidungnya sentiasa berair.
``Siapa mahu jaga emak, adik dan abang?'' Lin menatap wajah Mama.
``Mana mak?''
``Di rumah. Sakit... abang pula tak ada kaki.''
``Tak ada kaki? Kenapa?''
``Kedua-dua kaki abang kena potong. Terpijak periuk api tentera Amerika. Dia orang suka juga kacau mak. Sebab itu bapa benci tentera Amerika.'' Lin kanak-kanak polos yang tidak tahu apa-apa tentang kehidupan terus bercerita mengenai keluarganya.
Dia cuma tahu cari duit dengan menjual bakul rotan, kipas dan album gambar setiap hari. Menjejak ke mana sahaja pelancong pergi. Yang penting dia dapat sedikit upah dan dapat membeli makanan untuk menyambung hidup keluarganya setiap hari.
``Bapa kerja apa?''
``Di Hanoi. Ibu bapa Canh Dinh. Bapa saya orang Amerika,'' terang Lin sedikit bangga. Dia menepuk bahu adiknya.
``Kenapa bapa pergi Hanoi. Mak dan awak tinggal di sini?'' Leha cuba mencungkil rahsia. Mama turut mengangguk ingin tahu.
``Kata bapa, mak jahat. Mak suka kawan orang Amerika. Sebab itu mak sakit dan tak boleh sembuh. Bapa pergi Hanoi tinggalkan mak.'' ``Mama'' dan Leha berpandangan. Seorang lagi kawan menggeleng kepala beberapa kali.
``Mangsa penjajah!'' desis Mama.
``Awak tak sekolah, macam mana pandai cakap Inggeris?'' Leha memegang bahu kanan Lin.
``Belajar daripada pelancong.''
``Awak pernah jumpa bapa awak?''
``Dia sudah balik Amerika. Esok, pukul berapa Mama nak balik?'' Lin mengubah tajuk persoalan. Dia tidak pernah kenal siapa bapa sebenarnya. Dia hanya tahu bapanya orang Amerika melalui pertengkaran ibu dan bapanya.
Selepas membeli barang-barang lacquer Lin menghantar tiga orang pelancong ke tangga bas yang sedang menunggu di Jalan Le Loi.
``Pukul 10.00 pagi akan bertolak dari hotel.'' Mama terus menaiki bas pelancong. Lin dan Canh Dinh melambai tangan. Sebelum pulang Lin singgah di kedai membeli ubat selesema ibu, beras dan ikan bilis. Dalam kepalanya telah ada bubur nasi dan ikan bilis goreng untuk makan malam sekeluarga. Dapat makan semangkuk bubur sehari pun sudah memadai untuk keluarga Lin. Hari itu Lin pulang ke rumah dengan senang hati. Dia tidak keluar berjaja lagi pada malam itu.
Ibu Lin terbaring di atas kepingan kotak berlipat dua. Kepalanya beralaskan sehelai tuala buruk. Sesekali terdengar dia mengerang kesakitan.
Van Ho tersandar pada dinding berhampiran ibunya. Kiri kanannya terdapat dua batang tongkat kayu. Bilah-bilah rotan yang sudah diraut, bertaburan di sekitarnya. Bekas aktivis Vietcong ini mempunyai semangat kental. Tetapi setelah kudung dua belah kaki dia seperti patah semangat untuk hidup. Dia jadi pemarah dan menyesali diri kerana tidak dapat bertanggungjawab terhadap keluarga dengan baik. Dia marah kepada ayah yang meninggalkannya, ibu dan adik-adik dalam keadaan begitu. Kesal kepada tentera Amerika kerana ikut campur urusan dalam negaranya dan menjadikan dia kudung kedua-dua belah kaki.
Lin dan Canh muncul di muka pintu bertutupkan sehelai guni buruk sebagai langsir. Pondok yang terbina daripada zink dan papan buruk itu hanya berlantaikan tanah keras yang dialas dengan beberapa keping kotak. Pondok itu dibina pada pojok belakang sebuah rumah papan milik jirannya.
Lin merapati ibunya. Dia bercerita riang tentang pendapatannya hari itu dan dia telah membeli ubat, beras dan sedikit keperluan dapur. Ibu seperti tidak berminat mendengar cerita Lin. Matanya tegak memandang zink bocor dengan dadanya berombak cepat. Perutnya kempis dan melengkung ke bawah. Dengan suara kasar Van Ho menyuruh Lin segera ke dapur memasak bubur kerana perutnya sejak pagi tidak berisi.
Lin memasak bubur dalam periuk tanah. Kemudian menggoreng ikan bilis. Sementara itu Canh Dinh mengatur kotak-kotak kipas dan album poskad yang belum terjual di atas kotak pada sudut rumah. Malam itu mereka makan sedap. Seorang semangkuk bubur dan ikan bilis goreng. Van Ho meminta Lin mengekori pelancong lagi, supaya mereka boleh makan bubur lagi pada setiap malam.
Pukul 9.30 pagi Lin dan Canh Dinh sudah berkeliaran di hadapan Hotel Rex. Di tangannya ada bakul rotan, kipas dan album poskad. Beberapa orang penyambut tetamu di hotel itu menghalau Lin dari pekarangan hotel. Lin pergi. Sebentar kemudian dia datang lagi setelah melihat penyambut tetamu tiada di situ. Peluang ini tidak boleh dilepaskan, detik Lin dalam hati.
Rombongan dari Malaysia turun ke lobi untuk menaiki bas yang menunggu di hadapan hotel. Ada juga yang mengambil kesempatan bergambar di hadapan patung ``Uncle Ho'' di hadapan hotel. Lin dan Canh Dinh bergegas ke tangga bas. Beberapa orang peminta sedekah dan penjual barang-barang kraf tangan datang mengerumuni. Penyambut tetamu hotel tidak dapat mengawal keadaan. Mereka membiarkan sahaja.
Lin menyambut Mama dan kawan-kawan yang baru turun.
``Lin, ini ada roti, biskut, mi segera dan coklat untuk awak.'' Mama menghulur sebuah beg plastik berisi makanan bekal yang tidak habis di makan. Lin menyambut gembira. Dia tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Mama. Leha dan kawan-kawan Mama turut memberikan makanan tidak habis kepada Lin. Ada juga memberikan dong yang tidak sempat digunakan kepada Lin dan beberapa peminta sedekah di situ. Untuk kali terakhir ``Mama,'' Leha dan beberapa orang lagi bergambar kenangan dengan Lin dan adiknya di hadapan hotel itu.
``Orang Malaysia baik hati,'' puji Lin kepada kumpulan Mama. Dia bersalaman dengan Mama dan rombongan pelancong. Dia mengharapkan rombongan Mama akan datang lagi ke situ satu hari nanti.
Hari itu Lin tidak berjaja. Selepas pelancong Malaysia meninggalkan hotel, Lin dan Canh Dinh terus pulang ke rumah membawa berbagai-bagai juadah. Dia bercadang untuk membuat mi segera setelah menanya kepada Mama bagaimana mahu membuatnya.
Hati Lin rasa tidak sedap. Dia segera teringatkan ibu. Selera ibu tentu akan terbuka jika melihat mi segera yang dibuatnya. Lin tidak sabar untuk sampai cepat di rumah. Langkah Lin semakin pantas. Belum sampai di pintu rumah Van Ho terpacak di tengah jalan dengan kedua-dua tangannya bertongkat. Kedua-dua lutut yang tergantung terbuai-buai sedikit.
``Abang mahu ke mana?'' Lin memandang wajah Van Ho yang kelihatan cemas. Van Ho tidak pernah begitu. Dia tidak akan meninggalkan ibu yang sakit sendirian di rumah.
``Abang nak pergi cari kau. Mujur kau balik cepat. Mana Canh Dinh?'' tanya Van Ho setelah melihat adiknya tiada bersama.
``Di belakang sana.'' Lin menunjukkan Canh Dinh yang berjalan lambat sedang leka membuka pembalut coklat. ``Kenapa abang keluar? Mak kan sakit,'' tanya Lin risau.
``Mak...'' Van Ho tidak dapat meneruskan ucapan. Kelopak matanya yang memang basah terus menumpahkan air. Lin berlari masuk ke dalam rumah diikuti Van Ho dan Canh Dinh.
Lin menerkam tubuh ibunya yang kaku sambil menggoleknya beberapa kali. Dia memanggil nama ibu sambil bercerita tentang makanan yang diterima daripada pelancong pagi itu. Namun ibu tetap bersahaja. Tiada lagi keluhan sakit dan ombakan keras di dadanya.
``Ibu meninggalkan kita beberapa minit selepas kau dan Canh Dinh keluar tadi.'' Suara Van Ho tersekat-sekat. Wajah ibu ditatap puas.
Lin mencium pipi ibu yang sejuk. Air matanya gugur ke wajah yang pucat kaku.

Rabu, 28 Mei 2008

Pejabat agama

Hai...

saya di pjbt agama.he3.....

Minggu, 25 Mei 2008

sepuluh sifat hati yang terpuji



1) Taubat.
Taubat dr segala dosa ( kembali mengikut ajaran Allah Ta'ala) ada 3 rukun: (1) menyesali meksiat yg tlh dilakukannya. (2) berhenti daripada melakukannya. (3) berazam tidak akan mengerjakannya lagi. jika maksiat itu berhubung dengan makhluk ( manusia) maka mengantikan atau minta halalkan dan jka tidak kuasa maka hendaklah ia bersungguh-sungguh mengikhlaskan taubatnya dan memohon kepada Allah supaya orang yang ampunya hak itu meredhakannya pada hari kiamat
2) Takut akan Allah Ta'ala.
oranf yang benr2 mengenali Allah Ta'ala, dialah orang yang takut kepadaNya. takut kepada Allah bereti tidak berani melanggar perintah Allah kerana hukuman seksaNya sangat berat, tidak siapa pun yang dapat melepaskan diri daripadNya. adanya sifat ini pada seseorang akan membawa kepada keselamatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, sifat ini boleh mengalahkan tupu daya syaitan yang sentiasa hendak mencelakakan hidup manusia. Adanya sifat takutkan kepada Allah ini mendorong seseorang berbakti dan mencintai Allah dan mengharapkan limpah dan kurniaaNya, kerana dengan mendapat limpah kurniaanNyalah seseoranf terselamat daripada seksaNya. Takut ini mendorong seseorang mendekatkan diri kepada Allah.
3) Zahid.
4) sabar
5) mensyukuri nikmat
6) Ikhlas
7) Tawakal
8) kasih kepada Allah Ta'ala
9) Redha akan qadha ( ketetapan/keputusan ) Allag Ta'ala
10) Ingatkan mati.







Sabtu, 24 Mei 2008